Pengenalan
Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi. WHO (2006), menyatakan petunjuk yang baik untuk menentukan atau mengesahkan penyakit diabetes ialah dengan mengambil dua keputusan yang berbeza iaitu dalam keadaan berpuasa sekurang kurangnya 8 jam, paras glukosa melebihi 7.8 mmol/L (140gm/dl) atau keputusan yang diambil dalam keadaan pesakit tidak berpuasa menunjukkan paras glukosa 11.1 mmol/L (200mg/dl) atau lebih tinggi. Keadaan ini disebabkan oleh berlakunya kekurangan insulin atau fungsinya terjejas atau kedua-duanya sekali. Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas bagi mengawal paras glukosa dalam darah. Pada keadaan normal, makanan yang dimakan akan ditukar ke dalam bentuk gula iaitu glukosa. Gula ini kemudiannya akan diserap ke dalam aliran darah. Insulin akan menukarkan glukosa ini menjadi sumber tenaga. Apabila berlaku kekurangan insulin atau fungsi insulin terjejas, paras gula dalam darah akan meningkat. Keadaan ini dipanggil diabetes mellitus atau juga dikenali sebagai “Kencing Manis” di kalangan rakyat Malaysia (KKM, 2006). Menurut Abidin (2006), hari ini lebih 300 juta orang menghidapi penyakit diabetes mellitus di seluruh dunia dan di Malaysia hampir 1.2 juta orang menghidap penyakit ini. Di Malaysia, kadar prevalens dilaporkan telah meningkat dari 8.2% pada tahun 1996 kepada 11.55 % pada tahun 2006.
Literature review
Penyakit diabetes merupakan salah satu masalah yang semakin mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat di Malaysia. Walaubagaimanapun, sikap dan corak hidup masyarakat tempatan yang menyumbangkan kepada peningkatan penyakit ini. Melalui Kajian Kesihatan Kebangsaan 1998, hanya 37.9% pesakit diabetes yang dapat dikesan. Ini menunjukkan masih ramai lagi yang tidak tahu mereka mempunyai penyakit ini. Mengikut perangkaan Institut Diabetes Antarabangsa, dianggarkan 1.3 juta penduduk Malaysia mengidap penyakit ini menjelang tahun 2010 (Manual Kempen Cara Hidup Sihat Diabetes, 1998). Disamping itu juga, penyakit diabetes seringkali dikaitkan dengan keadaan hormon insulin yang bermasalah dalam badan seseorang. Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas iaitu islet of langerhans. Pada tahun 1897, Minkowski Don Von Mering membuktikan kelenjar pankreas mempunyai kaitan dengan penyakit diabetes iaitu membuang kelenjar pankreas pada seekor anjing sehingga menyebabkan anjing tersebut menghidap diabetes. Fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukosa dalam darah dikesan pada tahun 1921 oleh Fredick G.Banting dan Best.
Perbincangan
Faktor-faktor penyebab berlakunya diabetes mellitus kepada seseorang itu adalah peningkatan usia, berat badan semakin bertambah dengan melampau, obesiti, menghidap impaired glucose tolerance (IGT), sejarah keluarga yang mempunyai diabetes, sejarah diabetes pada kehamilan terakhir, mempunyai tekanan darah tinggi, gaya hidup yang tidak aktif, pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan kurang serat dan juga mempunyai paras kolestrol yang tinggi. Keadaan diabetes mellitus ini biasanya terjadi kepada mereka yang berumur melebihi 30 tahun dan ke atas. Namun begitu, diabetes mellitus type 1 ianya hanya terjadi kepada kanak-kanak manakala bagi keadaan diabetes mellitus type 2, ianya melibatkan orang dewasa serta individu yang obesiti.
Pesakit diabetes boleh mengalami tiga keadaan kecemasan seperti hipoglisemia, diabetik ketoacidosis dan hiperglisemia. Hipoglisemia adalah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Pesakit akan mengalami sakit kepala, rasa pening, tremor pada bahagian tangan dan berpeluh. Pesakit boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula dalam badan adalah terlalu rendah. Diabetik ketoacidosis pula adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. Ini bermakna pesakit benar-benar kekurangan insulin untuk menukarkan gula kepada tenaga. Pesakit akan rasa mengantuk dan tidak sedarkan diri. Hiperglisemia pula adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Pesakit akan rasa mengantuk dan tidak sedar diri. Selain itu, pesakit akan mengalami dehidrasi dan kulit kering serta panas.
Bagi mengelak atau mengawal penyakit diabetes pesakit perlu mengambil makanan yang seimbang dan kurang gula bagi mengelakkan kandungan gula tinggi dalam darah.selain itu, dapat mengurangkan tahap kolesterol yang boleh menyebabkan penyakit lain seperti penyakit jantung. Melakukan senaman fizikal digalakkan bagi mengelakkan obesiti kerana individu yang obesiti mempunyai risiko mendapat penyakit diabetes mellitus. Pesakit diabetes perlu mengambil ubat anti diabetes seumur hidup. Bagi pesakit diabetes mellitus type 1, suntikan insulin perlu diambil seumur hidup. Manakala pesakit diabetes mellitus type 2 pula perlu mengambil ubat oral hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah pesakit mungkin memerlukan suntikan insulin.
Rumusan
Kesimpulannya, penyakit diabetes ini tidak hanya terjadi pada individu berumur 30 tahun keatas sahaja. Ianya juga boleh terjadi pada individu yang berumur bawah 30 tahun dan ada juga yang mengidap penyakit ini sejak dilahirkan. Penyakit diabetes boleh dikawal dengan melakukan senaman fizikal, mengawal pemakanan dan juga mengambil ubat anti diabetes. Bagi pesakit diabetes mellitus type 1 perlu mengambil suntikan insulin manakala pesakit diabetes mellitus type 2 perlu mengambil ubat oral hipoglisemia dan ada sesetengah pesakit perlu mengambil suntikan insulin. Penyakit ini boleh menyebabkan berlakunya keadaan kecemasan dimana ianya membuatkan pesakit tidak sedarkan diri iaitu keadaan hipoglisemia, diabetik ketoacidosis dan hiperglisemia. Apabila berlakunya keadaan ini berlaku, bantuan perlu diberikan dengan segera bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kepada otak dan boleh membawa kematian. Berdasarkan statistik di atas, bilangan pesakit diabetes semakin bertambah dari tahun ke tahun dan keadaan ini perlu diberi perhatian serius bagi menurunkan kadar bilangan pesakit diabetes ini.
Rujukan
Danial Zainal Abidin.2006.Dua Angka Penting Bagi Kencing Manis
<http://mindasuper.com/v2/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=4&Ite mid=31> (12 Ogos 2008,9:51:32 PM ).
KKM. 2006. Buku Kecil Panduan Penjagaan kaki untuk pesakit diabetes. Malaysia : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Minkowski Don Von Mering (1987). The Journal Clinical Endocrine & Metobalism : Health Care Expenditure for people Edisi 21 page 11-15.
WHO. 2006. Definition and Diagnosis of Diabetes Mellitus and Intermediate Hyperglycemia, WHO Press, World Health Organization, 20 Avenue Appia, 1211 Geneva 27, Switzerland.
No comments:
Post a Comment